X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Murid diwajibkan jalani saringan Covid-19 mingguan mulai Isnin

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 mingguan secara bergilir mulai Isnin ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan.

"Ujian pengesanan ini adalah bagi mengelakkan kewujudan kluster di sekolah," katanya ketika sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ujian saringan tersebut perlu dilaksanakan membabitkan sekurang-kurangnya 10 peratus sampel daripada populasi murid di sesebuah sekolah.

"Murid akan menjalani ujian saringan secara bergilir kepada sampel berbeza setiap minggu bagi melihat wujud kesan gejala atau sebaliknya. Sekiranya murid bergejala saringan haruslah dilakukan begitu juga terhadap pelajar yang tidak bergejala.

"Murid sekolah rendah adalah golongan di bawah usia kelayakan untuk menerima vaksin dan perlu menjalani ujian saringan secara mingguan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!