Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus setengah bulan gaji

Aminuddin ketika Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke 14 pada Jumaat.
Aminuddin ketika Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke 14 pada Jumaat.
A
A
A
SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Lebih 3,600 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar selewat-lewatnya pada minggu kedua Januari 2022.

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemberian itu bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran negeri terus beroperasi walau dalam situasi serba mencabar.

“Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam yang sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada kerajaan dan rakyat, BKK ini akan diberikan kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran negeri,” katanya dalam Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, pada Jumaat.

Katanya, selain itu, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan tanpa faedah akan diteruskan untuk kemudahan penjawat awam yang layak.

"Kerajaan negeri menyusun perancangan untuk tahun hadapan melalui Belanjawan 2022. Diharap semua rakyat negeri ini mengambil peluang atas tawaran dan inisiatif yang telah dirancang. Semua agensi dan jabatan kerajaan akan menjadi pemudah cara dan membantu rakyat untuk mendapatkan tawaran serta inisiatif yang telah disediakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat 15 November lepas, sebanyak 112 pinjaman kenderaan telah diluluskan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM3.3 juta manakala sebanyak 66 pinjaman pembelian komputer pula diluluskan iaitu sebanyak RM238,000.

Artikel Berkaitan: