Gunung Nuang ditutup untuk sebarang aktiviti

- Foto Sumber internet
- Foto Sumber internet
A
A
A

SHAH ALAM - Gunung Nuang ditutup untuk sebarang aktiviti termasuk pendakian berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, larangan itu atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh dan musim tengkujuh.

Menurutnya, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak yang gagal mematuhi arahan itu.

"Pelanggaran arahan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 47(1) dan 81(1) (g), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985," katanya menerusi satu notis diedarkan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: