X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Tiga lelaki bergaduh kerana pembesar suara direman

Tiga lelaki termasuk dua beranak di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
A
A

IPOH - Tiga lelaki termasuk dua beranak direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di pasar pagi Flat Jalan Ashby di sini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Reman terhadap suspek berusia 60 tahun dan anak lelakinya 34 tahun serta seorang lagi berusia 47 tahun itu bermula Jumaat dan akan berakhir Khamis depan.

Kesemua suspek yang ditahan pada Khamis itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum itu, ketiga-tiga suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ipoh dengan menaiki van dan diiringi anggota polis pada jam 10.47 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi pada Khamis, empat lelaki didapati bertengkar berkaitan kes kecurian pembesar suara milik salah seorang daripada suspek.

Mangsa dikenali Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, bagaimanapun disahkan maut dalam pergelutan itu dan polis turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemukan di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki maut bergaduh gara-gara pembesar suara


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!