Facebook peruntuk RM40j lindungi Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg
A
A
A

CALIFORNIA - Facebook memperuntukkan AS$10 juta (RM40 juta) setiap tahun untuk melindungi keselamatan pengasasnya, Mark Zuckerberg daripada sebarang ancaman.

Menerusi Daily Mail, peruntukkan tersebut bukan sahaja untuk membayar khidmat lebih 70 anggota keselamatan, namun turut digunakan untuk membina laluan kecemasan, bilik mesyuarat kalis peluru dan lain-lain lagi.

Pasukan keselamatan yang diketuai ejen perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat (AS), Jill Leavens Jones juga turut ditugaskan untuk melindungi Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg.

Sandberg dan Zuckerberg adalah satu-satunya eksekutif Facebook yang menerima perlindungan keselamatan 24 jam, tujuh hari seminggu ekoran menerima ancaman bunuh setiap minggu.

Susulan itu, Facebook telah meningkatkan kakitangan keselamatannya untuk kedua-dua eksekutif, terutamanya kedua-duanya menerima banyak ancaman berbahaya setiap minggu.

Walaupun wujud khabar angin yang tidak disahkan, namun pekerja Facebook mendakwa Zuckerberg memiliki akses kepada 'butang kecemasan' di bawah meja pejabatnya yang berada di bilik persidangan kalis peluru.- Daily Mail

Artikel Berkaitan: