Norde elak ‘dirantai’ pertahanan KL City


Norde diasak kapten KL City FC, Paulo Josue dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin lalu.
Norde diasak kapten KL City FC, Paulo Josue dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin lalu.
A
A
A

PENYERANG berbisa Melaka United FC, Sony Norde sedar dia sentiasa menjadi ancaman kepada Kuala Lumpur (KL) City FC sepanjang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin lalu.

Malah, Norde juga tidak menolak pergerakannya sentiasa dikawal rapi benteng pertahanan lawan sambil menyifatkan KL City tidak memberi laluan mudah kepada skuad Hang Tuah untuk menambah gol sehingga keputusan berakhir seri 1-1.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Haiti itu menganggap satu gol yang diraih itu untuk dibawa ke Melaka masih belum cukup dan dia menjangkakan separuh akhir kedua pada Jumaat ini akan menjadi lebih sengit.

“Saya hanya cuba ingin membantu pasukan sebaik mungkin, tetapi Kuala Lumpur juga bermain dengan baik. Pada separuh masa pertama, akan ada dua pemain yang sentiasa dekat dengan saya untuk kawal pergerakan, jadi situasi agak sengit juga.

“Cuma saya rasa untuk aksi di Melaka nanti mungkin akan lebih senang untuk saya dan pemain lain bagi memastikan keputusan memihak kepada kami dan seterusnya ke final,” katanya.

Dalam aksi separuh akhir pertama Isnin lalu, Melaka United terlebih dulu mendahului menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo seawal minit kelapan sebelum Zhafri Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-26.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk layak ke pentas final Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah.

Artikel Berkaitan: