Statut Rom: TMJ bukan wakil rakyat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bercakap pada media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bercakap pada media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir membidas kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa kerajaan pusat tidak merujuk Majlis Raja-raja Melayu ketika membuat keputusan menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Dia bukan wakil rakyat. Dia cakap untuk diri dia saja,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14, di sini hari ini.

Semalam, Tunku Ismail mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut baginda, penyertaan itu dikhuatiri menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Baginda malah mengingatkan, bahawa tindakan yang memberi kesan kepada pemerintah tertinggi perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja.

ARTIKEL BERKAITAN: Persetujuan Statut Rom beri kepentingan pihak tertentu

Menurut Wisma Putra, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani Instrumen Kesertaan untuk Malaysia menyertai Statut Rome bagi ICC semalam.

Artikel Berkaitan: