Akaun bank suami, bekas suami culas bayar nafkah bakal disekat: JKSM

Mohd Na'im (kiri) menerima penghargaan selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak, di sini pada Selasa.
Mohd Na'im (kiri) menerima penghargaan selepas menjadi panel pembentang Kolokium Perundangan dan Kehakiman Syariah Tahun 2021 di Dewan Bankuet Jabatan Kehakiman Syariah Perak, di sini pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan tindakan sekatan akaun bank kepada suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah.

Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perbincangan bersama Bank Negara dan institusi bank di negara ini telah dibuat sebelum ini bagi merealisasikan perkara tersebut.

Menurut Mohd Na'im, ketika ini pihaknya sedang mempersiapkan pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BKS) dengan kemahiran yang betul supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat penguatkuasaan dan pelaksanaan berkaitan sekatan akaun tersebut.

"Pemerkasaan kemahiran perlu ada dalam kalangan pegawai ini agar usaha menyekat akaun suami yang culas akan dilaksanakan secara adil dan saksama.