Empat lelaki ditahan bersama 1.7 juta batang rokok seludup

Gambar hiasan. Gambar kecil: Shafee
Gambar hiasan. Gambar kecil: Shafee
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMAS KINI] Polis menahan empat lelaki bersama 85,940 kotak yang mengandungi 1.7 juta batang rokok seludup tidak bercukai di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth pada jam 7.20 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, turut dirampas empat buah van yang dijadikan tempat menyimpan rokok haram tersebut.

Katanya, kesemua nilai rampasan dadah dan kenderaan itu ialah RM482,000.

Shafee berkata, keempat-empat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan selepas polis menyerbu sebuah premis kosong di Taman Kota Permai di sini.

"Susulan penahanan itu, kita menyerbu beberapa lagi premis di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth dan menahan seorang lagi lelaki selain merampas rokok seludup pelbagai jenama yang ditemui bersamanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Shafee memberitahu, siasatan awal mendapati, kesemua premis yang diserbu dipercayai menjadi lokasi penyimpanan rokok sebelum dijual kepada pelanggan.

Tambah beliau, polis percaya sindiket itu mempunyai pelanggan tetap dan siasatan bekalan rokok diambil masih dilakukan.

"Kita akan terus menjalankan operasi untuk mengesan baki ahli sindiket yang dipercayai masih bebas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Kesemua mereka kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.