'Tak sabar nak ke Bukit Gambang'

Alia Syazwani bersama ibunya, Dahniar gembira berjaya menebus tiket percuma ke taman tema di Bukit Gambang Resort City.
Alia Syazwani bersama ibunya, Dahniar gembira berjaya menebus tiket percuma ke taman tema di Bukit Gambang Resort City.
A
A
A
KUANTAN - "Dah dapat tiket Bukit Gambang ini, saya rasa seronok," kata Alia Syazwani Kamarulnizam,11, dari Kampung Besut, Kemaman.

Anak kedua dari tiga beradik itu mengakui sudah tidak sabar untuk ke Bukit Gambang sebaik sahaja ibunya, Dahniar Mat Nor, 42, menebus tiket berkenaan.

Menurutnya, ibunya sanggup memandu selama sejam dari rumah mereka di Kemaman awal pagi tadi, semata-mata untuk memastikan tiket itu dapat ditebus.

"Saya tak nak balik dengan tangan kosong sebab itu saya minta mak supaya datang awal pagi ke sini (pejabat Sinar Harian).

"Sekarang ini tiket dah ada kat tangan (sambil tunjuk). Saya mula teruja nak ke sana dan mahu jumpa mak saudara dan sepupu-sepupu yang turut menebus tiket sama hari ini," katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian hari ini.

Dahniar (duduk, kiri) menebus tiket ke taman tema di Bukit Gambang Resort City dengan Ketua Biro Pahang, Nik Amirulmu'min Nik Min di Pejabat Sinar Harian Kuantan, hari ini.
Dahniar (duduk, kiri) menebus tiket ke taman tema di Bukit Gambang Resort City dengan Ketua Biro Pahang, Nik Amirulmu'min Nik Min di Pejabat Sinar Harian Kuantan, hari ini.



Sementara itu, Dahniar berkata, dia mendapat tahu bahawa Sinar Harian menawarkan tiket percuma menerusi pengumpulan keratan token ke Bukit Gambang menerusi adiknya yang berada di Kuala Lumpur.

Menurutnya, adiknya mencadangkan agar dia mengumpul keratan itu bagi membolehkan mereka sekeluarga dapat berkumpul akhir bulan ini.

"Hari ini saya akan membuat penebusan tiket di Kuantan, manakala lagi tiga keluarga adik beradik saya akan ke Pejabat Sinar Harian Shah Alam untuk mendapatkan tiket itu.

Artikel Berkaitan:


"Saya tak sabar nak kumpul bersama adik beradik lain dan terima kasih Sinar Harian dan Bukit Gambang Resort City kerana memberikan tiket percuma kepada kami menerusi pengumpulan token keratan akhbar," katanya.

Dia yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kemaman, mengaku mengambil cuti separuh hari bagi menebus tiket ini.

Jelasnya, ini kali pertama mereka sekeluarga berkumpul di tema air itu selepas beberapa tahun tidak berbuat demikian.

Dalam pada itu, Dahniar berharap agar Sinar Harian dan Bukit Gambang Resort City dapat meneruskan kerjasama di antara mereka dalam menawarkan lebih banyak tiket sebegini.

"Ini kerana bukan semua mampu berkunjung ke tema air itu, tapi menerusi pengumpulan keratan ini, semua orang boleh merasainya," katanya.