X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Bekas polis bantuan pandu kereta hanya sebelah tangan, satu kaki

Mohd Radzuan boleh memandu satu Malaysia seorang diri walaupun hanya menggunakan satu tangan dan satu kaki.
A
A

SEREMBAN - Seorang bekas polis bantuan berupaya memandu kereta diri dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan satu kaki.

Kemalangan menimpa Mohd Radzuan Mohammad, 42, tujuh tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk hidup berdikari.

"Selepas pulih dari kemalangan, adik saya yang memandu kereta untuk membawa saya ke mana-mana tetapi selepas adik menyambung pelajarannya di Australia, kereta saya tidak digunakan dan tersadai di rumah.

"Kemudian abang ipar beri idea supaya kereta saya diubah suai supaya mesra orang kurang upaya (OKU)," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Mohd Radzuan, dengan kos RM2,000 kereta jenis Perodua Alza itu diubah suai dan dia dapat kembali aktif memandu.

Alet paralimpik boling padang itu berkata, dia mengatasi perasaan gentar kerana sudah lama tidak memandu kereta dengan menyertai kelab kereta.

"Adik sepupu sarankan saya masuk kelab kereta dan sejak itu setiap tahun saya akan sertai konvoi di pelbagai negeri. Apa yang baiknya, apabila menyertai kelab kereta, saya rasa lebih selamat kerana mudah untuk meminta bantuan jika berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Selain itu dia mengakui bukan mudah pada awalnya untuk menerima hakikat diri yang dahulunya normal kini kurang upaya.

Namun dia tidak mahu terus merenung nasib kerana percaya apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.

"Kemalangan yang berlaku pada tahun 2014 itu mengakibatkan saya cedera parah dan dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) lebih dua bulan.

"Saya akui ambil masa untuk pulihkan semangat tetapi saya syukur kerana sepanjang melalui ujian ini keluarga saya banyak membantu.

"Saya gembira dengan kehidupan dilalui sekarang dan insya-ALLAH akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!