X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

A
A

RINGGIT meningkat semula daripada aliran penurunan pada minggu lepas untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan harga minyak yang lebih baik dan mata wang Amerika Syarikat yang lemah.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0860/0930 berbanding dolar US daripada 4.0890/0930 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Pada masa ini, penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 0.09 peratus kepada AS$65.80 setong manakala minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.18 peratus kepada AS$56.17 setong.

Peniaga berkata dolar AS berada di bawah tekanan pada Jumaat lepas susulan data senarai gaji yang lebih rendah daripada jangkaan yang mewujudkan kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan global yang perlahan.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0051/0107 daripada 3.0064/0104 semasa dicatatkan pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2995/3090 daripada 5.3509/3577.

Unit tempatan, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6844/6917 daripada 3.6798/6847 dan merosot berbanding euro kepada 4.5878/5960 daripada 4.5842/6895 sebelum ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!