X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Pesara rugi RM120,500 diperdaya Macau Scam

Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Seorang pesara wanita kerugian RM120,500 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan Macau Scam pada Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, dalam kejadian pada 3 Oktober lalu, mangsa berusia 71 tahun telah menerima panggilan telefon kira-kira jam 8 pagi daripada ejen insurans yang menyatakan dia ada membuat tuntutan insurans, bagaimanapun mangsa menafikan hal tersebut.

Menurutnya, panggilan itu kemudiannya disambungkan ke Balai Polis Pudu dan mangsa bercakap pula dengan Sarjan Adam Mustafa serta pegawainya bernama Inspektor Mastura.

"Mangsa dikatakan terlibat dengan pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan lagi kepada pegawai atasan bernama puan Yong.

"Yong telah meminta mangsa memberikan semua maklumat akaun bank yang dimiliki," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Aibee berkata, mangsa juga telah memindahkan wang daripada akaun CIMB dan Bank Rakyat ke akaun Bank Islam miliknya.

"Selepas itu, mangsa membuat semakan akaun Bank Islam serta Tabung Haji dan mendapati terdapat pengeluaran berjumlah RM120,500 yang mana transaksi pertama adalah pada 8 Oktober lepas berjumlah RM50,000.

"Kali kedua pada 9 Oktober berjumlah RM50,000 dan ketiga pada 10 Oktober berjumlah RM20,500. Kesemua pengeluaran tersebut telah dipindahkan secara dalam talian," katanya.

Katanya, menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pada Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!