X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Covid-19: 6,355 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 6,355 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes positif Covid-19 menunjukkan penurunan pada Jumaat dengan 6,355 kes baharu berbanding 6,380 kes pada hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak 115 kes adalah kategori tiga hingga lima dan selebihnya, 6,240 kes merupakan kategori satu dan dua.

Menurutnya, jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di seluruh negara sejak pandemik itu melanda negara pada Januari tahun lalu ialah 2,575,888 kes.

"Terdapat 542 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 268 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 5,031 kes sembuh dengan jumlah keseluruhannya, 2,477,314 kes.

"Terdapat pertambahan 10 kluster baharu menjadikannya, 5,877 kluster," katanya.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,631 kluster diisytiharkan tamat manakala 246 masih aktif manakala kadar kebolehjangkitan (Rt) negara menurun kepada 1.02.

"Bagaimanapun terdapat 10 negeri dan wilayah melepasi nilai Rt 1.0," katanya.

Ia membabitkan Kuala Lumpur (1.09), Negeri Sembilan (1.07), Putrajaya (1.06), Kelantan (1.06), Selangor (1.05), Pahang (1.05), Johor (1.03), Kedah (1.02), Perak (1.02), dan Terengganu (1.01) manakala negeri lain mencatatkan nilai RT di bawah 1.0.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!