Penjaga rumah Menteri Israel didakwa kerana mengintip

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz. - Foto AFP
Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Seorang lelaki, Omri Goren yang juga pembersih dan penjaga rumah Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz didakwa pada Khamis kerana melakukan pengintipan untuk sebuah kumpulan penggodam komputer.

Kumpulan penggodam itu dikenali sebagai Black Shadow yang mempunyai kaitan dengan Iran iaitu musuh Israel.

Goren didakwa di sebuah mahkamah di Lod iaitu sebuah bandar dekat Tel Aviv selepas ditangkap susulan siasatan dilakukan terhadapnya pada awal bulan ini.

Menurut agensi keselamatan Israel, Shin Bet lelaki itu melihat artikel berkaitan kumpulan penggodam, Black Shadow di media Israel.

Goren kemudian menggunakan aplikasi Telegram untuk menghubungi ejen kumpulan tersebut.

Dia turut menghantar gambar-gambar yang terdapat di rumah tersebut, antaranya ialah komputer Gantz.

Lelaki itu juga dikenali dengan nama Gorochovsky dan dikatakan membincangkan cara untuk menjangkiti komputer dengan sejenis perisian tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana dia ditangkap terlebih dahulu.

Goren sebelum ini mempunyai rekod jenayah kerana dia pernah dipenjarakan sebanyak empat kali selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata dan pecah masuk rumah. - Agensi

Artikel Berkaitan: