Pasar Borong KL, Pasar Selayang diperiksa

Swee Hon (dua, kanan) ketika operasi bersepadu tersebut.
Swee Hon (dua, kanan) ketika operasi bersepadu tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) melaksanakan operasi bersepadu di dua lokasi berbeza semalam.

Operasi bersepadu bersama Pejabat KPDNHEP Cawangan Gombak dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dilaksanakan di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang bermula jam 2 hingga 6 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP WPKL, Low Swee Hon berkata, menerusi operasi di Pasar Borong Kuala Lumpur, pihaknya telah memeriksa sebanyak 440 gerai dan premis yang beroperasi secara aktif di sini.

"Menerusi pemeriksaan, 15 kes dihasilkan bagi kesalahan di bawah Sesyen 14 (6) Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan nilai kompoun RM4,200.

"Selain itu, dua kes lagi dihasilkan bagi kesalahan di bawah Perintah 5 kerana melanggar Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (penandaan harga oleh penjual runcit) 1993 dengan nilai kompaun bernilai RM600.

"Manakala DBKL pula mengeluarkan sembilan kompaun atas kesalahan di bawah Akta 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan dan 1989 serta lima kes sitaan atas kesalahan 23 (1) d Undang-undang Pasar Borong 2002," katanya.

Swee Hon (dua, kanan) membuat pemeriksaan sewaktu operasi berkenaan.
Swee Hon (dua, kanan) membuat pemeriksaan sewaktu operasi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai operasi di Pasar Harian Selayang pula, Swee Hon berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 750 buah premis dan hasil pemeriksaan mendapat terdapat lapan kes di bawah Seksyen 14 96) Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan nilai kompaun RM1,800.

Selain itu, beliau berkata, terdapat juga 10 kes dikenal pasti di bawah kesalahan Perintah 5 kerana melanggar Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (penandaan harga oleh penjual runcit) 1993 dengan nilai kompaun sebanyak RM2,050.

"Menerusi siasatan oleh DBKL juga, sebanyak empat kes sitaan telah dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 1989 dan satu kes sitaan halangan 46 (1)d Undang-undang Kecil Pasar WPKL 1984," katanya.