X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Hospital Dungun baharu mula beroperasi April 2022

Dr Alias
A
A

KUALA TERENGGANU – Hospital Dungun baharu yang dibina di atas tapak seluas 6.13 hektar dijangka mula beroperasi pada bulan April tahun depan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Terengganu, Dr Alias Razak berkata, hospital bernilai RM125 juta itu akan diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Januari nanti.

“Kelewatan projek ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan projek pembinaan beroperasi untuk mengawal jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) yang ingin tahu bilakah hospital baharu daerah Dungun mula beroperasi pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 (Bajet) pada Khamis.

Sebagai rekod, Hospital Dungun yang baharu itu bakal menjadi hospital pakar ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman.

Bangunan tersebut mampu mencapai kapasiti 110 katil dengan sebanyak 10 kepakaran disediakan antaranya kecemasan, perubatan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi, ortopedik, psikiatri, pergigian dan patologi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!