Kontraktor mengaku tidak bersalah jual darjah kebesaran negeri palsu

Tertuduh dibawa keluar setelah selesai sesi pendakwaan di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
Tertuduh dibawa keluar setelah selesai sesi pendakwaan di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas kesalahan menjual darjah kebesaran negeri yang tidak diiktiraf pada 2017.

Tertuduh, Nik Hasyidat Nik Daut, 44, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan pertama, Nik Hasyidat didakwa menerima suapan berjumlah RM1,000 melalui akaun bank miliknya di Bank CIMB, Jalan Tunku Ibrahim di sini, pada jam 3.37 petang, 15 Jun 2020 yang dimasukkan penama, Ahmad Nazri Ibrahim, 57, sebagai dorongan untuk mendapatkan pemberian anugerah tidak diiktiraf.

Bagi pertuduhan kedua, pada jam 1.39 tengah hari, 27 Julai 2020 tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM5,000 melalui akaun bank miliknya yang dimadukan penama sama sebagai dorongan untuk mendapatkan pemberian anugerah tidak diiktiraf melalui bank sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Khairul Azreem Mamat dan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurul Suhaila Baharin, manakala tertuduh diwakili peguam, Nazri Awang.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes manakala tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: