Penyampaian PJPN tanpa majlis istiadat, PDRM ikut garis panduan

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tanpa istiadat terhadap pesara polis, bekas polis dan petugas polis era darurat dilaksanakan mengikut garis panduan sedia ada.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, penularan wabak Covid-19 ketika itu tidak membenarkan sebarang majlis diadakan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan garis panduan sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) agar PJPN dilaksanakan tanpa istiadat," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Zaini berkata, pihaknya telah mengesan satu paparan gambar penyampaian PJPN tanpa istiadat yang tular melalui aplikasi WhatsApp pada Selasa.

"Kita menyeru agar penerima tidak menjadikan hal ini sebagai isu kerana garis panduan PJPN tanpa istiadat pada 22 Julai lalu, membenarkan pegawai kanan polis yang lebih kanan pangkatnya daripada penerima untuk menyerahkan pingat dan sijil penghargaan.

"Perkara itu tidak seharusnya disensasikan sehingga menimbulkan salah faham serta tanggapan negatif kepada umum demi menjaga kemuliaan pingat serta jasa penerima itu sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan: