Pelajar warga asing diberkas cederakan wanita

No Image Caption
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang pelajar sebuah universiti swasta kerana mencederakan seorang wanita dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah apartment di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika mangsa bertemu suspek yang juga kenalannya.

Menurutnya, ketika itu berlaku pertengkaran antara mereka selepas mangsa meminta kad pengenalannya yang disimpan suspek.

"Suspek yang berang dengan permintaan itu bertindak memeluk dan mencekik leher mangsa.

"Selepas bergelut dengan suspek, mangsa berjaya melarikan diri. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di kepala dan mata," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Farouk berkata, suspek yang merupakan warga asing itu diberkas pada hari sama kira-kira jam 2.45 petang.

"Semakan mendapati mangsa mempunyai rekod orang yang dikehendaki di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bersabit kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

"Suspek kemudiannya diserahkan ke Bahagian Nakotik IPD Cheras dan direman empat hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.