Naik taraf saliran parit elak banjir kilat

Mahdzir (kanan) ketika meninjau perparitan di Kampung Sungai Badàu, Krubong pada Selasa.
Mahdzir (kanan) ketika meninjau perparitan di Kampung Sungai Badàu, Krubong pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengambil serius masalah sistem perparitan di bawah pentadbiran pejabat daerah yang menjadi punca utama masalah banjir kilat di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seperti di Kampung Sungai Badau Krubong yang mengakibatkan kira-kira 30 buah rumah terjejas setiap kali hujan lebat lebih dua jam.

Menurutnya, perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak dan perlu dinaik taraf bagi memastikan penderitaan dialami penduduk tidak terus berlarutan.

"Kawasan perparitan ini sebenarnya bukan diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaliknya berada di bawah pejabat daerah dan kita telah melihat sendiri apa yang berlaku di sini.

"Jadi kita lihat di sepanjang kawasan perparitan ini boleh dinaiktarafkan bagi menyelesaikan masalah banjir," katanya kepada Sinar Harian ketika meninjau perparitan di Kampung Sungai Badau, Krubong, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rais Yasin.

Dalam pada itu, Rais berkata, tidak kira siapa pun yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka namun wakil rakyat yang dipilih itu mestilah menyelesaikan isu banjir yang selama ini menghantui penduduk dengan segera.

"Kita berterima kasih atas kesudian menteri turun untuk melihat masalah rakyat, ini merupakan akur janji saya yang pertama jadi bukan kerana PRN tapi kerana menteri berada di sini, kita bawa beliau meninjau kawasan banjir kilat.

Artikel Berkaitan:

"Bukan sahaja isu banjir di kampung ini, malah ada juga jalan -jalan kampung yang perlu diperbaiki untuk memberi keselesaan kepada penduduk," ujarnya.

Sementara itu mangsa banjir, Noorariffin Mohamed lega apabila ada pihak yang prihatin dan sanggup melihat keadaan kawasan rumahnya yang sering dinaiki air.

"Kami dah tak sanggup lagi asyik berpindah randah ke pusat pemindahan sementara (PPS) setiap kali banjir, selain keselamatan rumah banyak lagi yang kami perlu dihadapi termasuk kerugian akibat banjir," ujarnya.