Wanita kejang otot mendaki diselamatkan

Mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung jam 6.45 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Tampin.
Mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung jam 6.45 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Tampin.
A
A
A

REMBAU - Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa 10 jam untuk menyelamatkan seorang wanita yang mengalami kekejangan otot ketika mendaki di Gunung Datuk, semalam.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, wanita berusia 23 tahun itu ditemui pasukan penyelamat di puncak gunung dalam keadaan terbaring.

"Kami menerima panggilan kecemasan jam 9.28 malam tadi dan tiba dilokasi jam 10.03 malam, seterusnya 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikerahkan ke lokasi.

"Sebaik tiba mangsa didapati dalam keadaan tidak bermaya, kesejukan. Bantuan kecemasan diberikan sebagai rawatan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, berdasarkan maklumat awal wanita itu bersama 20 pendaki lain sedang menawan tujuh puncak gunung dengan Gunung Datuk merupakan lokasi terakhir.

"Kumpulan pendaki ini dari Gunung Tampin sebelum ke Gunung Datuk. Bagaimana pun mangsa didapati kekejangan otot selain kehabisan bekalan air.

"Mangsa seterusnya berjaya dibawa turun ke kaki gunung jam 6.45 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Tampin menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: