Polis kesan lelaki kasari pemandu kereta di stesen minyak

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki mengasari seorang pemandu kereta dengan menggunakan topi keledar di sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini pada Sabtu.
Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki mengasari seorang pemandu kereta dengan menggunakan topi keledar di sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesan seorang lelaki yang bertindak mengasari seorang pemandu kereta dengan menggunakan topi keledar di sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian itu dikesan melalui satu video berdurasi 43 saat yang dimaut naik oleh seorang pemilik akaun Twitter.

Menurutnya, video tersebut memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari seorang pemandu kereta dengan menggunakan topi keledar.

"Justeru, saya nasihatkan orang awam supaya tidak membuat tindakan di luar kawalan yang boleh mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada mana-mana orang.

"Spekulasi berkaitan video ini hendaklah dihentikan sehingga penyiasatan pihak polis selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan individu yang mungkin terlibat dalam insiden tersebut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan.

"Maklumat lain berkaitan jenayah juga boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields menerusi talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Artikel Berkaitan: