X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Isu tolak calon DUN Bemban, Gadek selesai: Ahmad Maslan

Ahmad Maslan
A
A

AYER KEROH - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan isu penolakan calon oleh akar umbi Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dan Gadek telah diselesaikan dalam tempoh dua hari selepas penamaan calon.

Beliau berkata, perkara itu selesai setelah beliau menjelaskan kepada jentera mengapa kerusi tersebut diberikan kepada MIC dan MCA.

Justeru Ahmad berkata, beliau meletakkan harapan tinggi melihat BN memenangi kedua-dua kerusi DUN berkenaan.

"Saya berharap kerusi DUN Bemban dan Gasek boleh dimenangi kerana ada usaha supaya dikembalikan kepada UMNO, namun penjelasan kepada jentera telah selesai dibuat.

"Mula-mula itu ada rasa tidak puas hati, tapi rasa tidak puas hati itu tamat dua hari selepas penamaan calon," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Media di Ayer Keroh di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menyarankan jentera BN agar memanfaatkan secara maksimum medan mesyuarat dan taklimat sebagai platform berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, ini kerana beliau tidak melihat prosedur operasi standard (SOP) akan dilonggarkan sebagaimana yang dirayu oleh semua parti yang bertanding.

"Ada dua kelonggaran iaitu mesyuarat dan taklimat. Boleh diadakan sepanjang kempen. Jadi perbanyakkanlah mesyuarat dan buatlah taklimat pagi, petang dan malam.

"Kita buat apa yang dibenarkan. Jangan kita sentiasa menuding jari, di Dewan Rakyat sendiri saya minta longgarkan SOP kempen.

"Tapi tinggal tujuh hari lagi berkempen, permohonan kita tidak berikan apa-apa perhatian dan kelonggaran," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!