X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

MPS bina pusat kitar semula di Sibu

Pusat kitar semula diharap dapat mengurangkan masalah pembuangan sisa boleh dikitar semula secara haram di bandar itu. - Foto 123rf
A
A

SIBU - Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan membina sebuah pusat kitar semula secara pandu lalu di bandar ini bagi memudahkan orang ramai membuang sisa yang boleh dikitar semula di tempat selamat sekali gus mengelak pencemaran alam sekitar.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran MPS, Jenny Ting berkata, projek tersebut diluluskan Oktober lepas di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan peruntukan RM1 juta.

"Kita bercadang bina pusat kitar semula itu di atas tanah milik kerajaan negeri berkeluasan kira-kira 0.8 hektar hingga 1.2 hektar. Ada dua kawasan telah dikenal pasti tetapi kita perlu buat permohonan terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) anjuran MPS di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini, pada Sabtu.

Menurut Jenny, dengan wujudnya pusat kitar semula itu nanti diharap dapat mengurangkan masalah pembuangan sisa boleh dikitar semula secara haram di bandar itu.

Mengenai Kempen Pengumpulan BEE, beliau berkata, ia diadakan sebanyak empat kali sepanjang November ini di empat lokasi berbeza bagi memudahkan orang ramai membuang sisa elektrikal dan elektronik mereka.

Katanya, lokasi pertama telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Heng Hua pada 6 November lepas, Dataran Tun Tuanku Bujang (13 November ), Gelanggang Bola Keranjang Terbuka Bukit Lima (20 November ) dan Taman Tasik Sibu, Permai (27 November ). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!