X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumat berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM38.75 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.05 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengendalikan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, setiap satu selama tujuh, 21 dan 31 hari.

Ia juga akan mengadakan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM2.8 bilion selama tujuh hingga 31 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM34.7 bilion dan RM15.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!