Dua lagi tahanan dicekup semula, lima diburu

Lima tahanan PATI warga Filipina masih diburu polis selepas melarikan diri dari PTS di DTI Kimanis, Papar.
Lima tahanan PATI warga Filipina masih diburu polis selepas melarikan diri dari PTS di DTI Kimanis, Papar.
A
A
A

PAPAR - Dua lagi tahanan yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kimanis berjaya ditahan semula oleh pihak polis pada Khamis.

Penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan setakat ini seramai sembilan orang.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, lima lagi PATI masih diburu dikenali sebagai Nadzwin Usma, 24; Herman Bilau dan Tuliang Maddalani masing-masing berusia 35 tahun; Pertama Lapanji, 40, serta Husin Japar, 43.

"Menurut maklumat awam, Pertama dan Tuliang berjaya dikesan namun mereka bertindak melarikan diri dengan berenang ke laut.

"Kita percaya mereka masih berada dalam kawasan Papar dan kawasan pencarian juga masih berada di dalam daerah ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-912222 dan 088-916064 (Hotline).

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seramai 14 PATI warga Filipina bertindak melarikan diri kira-kira jam 3.30 pagi dengan memanjat bumbung tandas dan memotong pagar depoh berkenaan.

Bagaimanapun, tujuh daripadanya berjaya ditahan semula seawal jam 5 pagi sehingga jam 10.45 pagi kira-kira dua kilometer dari depoh berkenaan.

Artikel Berkaitan: