Mancini harap Azzurri kekal tenang

Pemain Itali, Giorgio Chiellini (kiri) dan pemain Switzerland, Michael Aebischer pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah, 5 September lalu. - Foto Football Italia
Pemain Itali, Giorgio Chiellini (kiri) dan pemain Switzerland, Michael Aebischer pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah, 5 September lalu. - Foto Football Italia
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini berharap skuad kendaliannya kekal tenang biarpun berdepan masalah kecederaan beberapa pemain menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah berdepan Switzerland pada awal pagi Sabtu.

Menurut Mancini, skuad Azzurri itu masih memiliki ramai pemain yang dilihat mampu menggalas tanggungjawab dengan baik bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

“Kita sedar perlawanan ini penting untuk kita meraih tiga mata dalam usaha layak selaku juara kumpulan bagi aksi kelayakan ini.

“Namun, dalam masa sama kita juga bakal kehilangan beberapa pemain tonggak menjelang perlawanan kali ini.

“Seperti anda semua tau, kita kehilangan khidmat Ciro Immobile dan kini tiga pemian tengah, Nicolo Zaniolo Lorenzo Pellegrini dan Nicolo Barella pula didapati tidak sihat dan telah pulang ke kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, kita sedang menilai sejauh mana tahap kecergasan Barella bagi menentukan sama ada dia boleh beraksi atau tidak dan dalam masa sama kita turut memanggil pemain tengah Lazio berusi 27 tahun, Danilo Cataldi bagi membantu mengemudi jentera tengah pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Itali dan Switzerland kini masing-masing berkongsi kedudukan teratas Kumpulan C selain masing-masing turut mencatatkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Sementara itu, Mancini berharap agar kesemua pemain bersedia menjelang aksi berdepan Switzerland nanti.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Switzerland sentiasa menjadi pasukan yang sering memberikan masalah dan sukar untuk ditewaskan.

“Selain bertenang, kita berharap pemain dapat mengulangi aksi sebagaimana pertemuan pertama dengan mereka sebelum ini di mana kita terikat tanpa jaringan.

“Berdasarkan itu, saya rasa kita boleh melakukan yang lebih baik kali ini, tetapi dalam masa sama kita juga berharap dapat menurunkan kesebelasan yang terbaik,” katanya.