X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Jabatan Penjara benar perjumpaan dalam norma baharu

Foto 123RF
A
A

KAJANG – Jabatan Penjara Malaysia membenarkan perjumpaan peguam, polis, kedutaan dan pihak berkompeten yang lengkap divaksin dengan syarat dan garis panduan ditetapkan.

Menurut kenyataan Jabatan Penjara Malaysia pada Selasa memaklumkan, pelawat perlu mengemukakan keputusan negatif ujian Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag (calitan/air liur) dengan tempoh sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala.

"Syarat ini turut terpakai kepada penghuni penjara yang terlibat," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, permohonan rasmi kepada pengarah institusi perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh perjumpaan dan keputusan permohonan akan dimaklumkan sebelum tarikh yang dicadangkan.

"Pelawat yang tidak divaksinasi atas faktor kesihatan perlu mengemukakan surat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.

"Orang ramai boleh menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut di www.prison.gov.my," menurut kenyataan tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!