Banjir di Kedah semakin pulih, 343 mangsa di PPS

Anggota APM daerah Kota Setar mengemas dan melipat collabsible tent di SK Convent, Alor Setar selepas mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. - Foto APM Kota Setar
Anggota APM daerah Kota Setar mengemas dan melipat collabsible tent di SK Convent, Alor Setar selepas mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. - Foto APM Kota Setar
A
A
A

ALOR SETAR - Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir kini turun kepada 343 orang daripada 91 keluarga setakat jam 4 petang, Selasa.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, jumlah mangsa banjir menurun berbanding 453 orang daripada 118 keluarga yang direkodkan pada 12 tengah hari, Selasa.

Menurutnya, empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar juga ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, SK Darul Hikmah, SK Convent dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala.

"Mangsa banjir setakat jam 4 petang pada Selasa adalah 343 orang dari daerah Kota Setar dan Pendang.

"PPS yang masih beroperasi adalah dua PPS di Pendang iaitu Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah membabitkan 170 mangsa daripada 43 keluarga dan Dewan Cenderawasih melibatkan 59 mangsa daripada 20 keluarga.

"Di Kota Setar, sebuah PPS masih dibuka iaitu di SMK Convent membabitkan 114 mangsa daripada 28 keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Muaz berkata, walaupun tiga PPS masih dibuka namun berlaku penurunan jumlah mangsa di PPS Dewan Cenderawasih dan SMK Convent setakat petang Selasa dan mereka dibenarkan pulang selepas kediaman mereka sudah selamat untuk didiami semula.

Artikel Berkaitan: