PRN Melaka: Kesal perkataan 'lahabau' diguna dalam kempen

Mohamad Ali
Mohamad Ali
A
A
A

MELAKA - Tindakan seorang ahli Parlimen menggunakan perkataan ‘lahabau Melaka, jom undi’ dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai memalukan dan tindakan menghina rakyat negeri tersebut

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘lahabau’ adalah kata makian yang bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap dan haprak.

"Benar perkataan ‘lahabau’ memang sering digunakan sebagai dialog dalam perbualan harian tapi ia hanya digunakan dalam konteks rakan karib dan gurauan sesama sendiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO negeri berkata, bagi orang luar atau orang yang tidak dikenali adalah sangat tidak sesuai untuk menggunakan perkataan seperti itu kerana ia merupakan penghinaan dan cacian.

"Saya menyeru seluruh rakyat Melaka khususnya pengundi agar menolak kempen biadab dan kurang ajar seperti ini kerana secara tidak langsung menperlekehkan rakyat Melaka yang terkenal dengan sikap budi bahasa dan adab yang tinggi," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: