Bayaran balik usahawan Tekun meningkat

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (dua, kiri) melawat ruang pameran usahawan Tekun selepas merasmikan Karnival Usahawan Tekun Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 hari ini. Karnival yang bermula Khamis lepas berjaya menjana pendapatan sebanyak RM150,000 kepada 100 usahawan dan 78 pengusaha gerai makan yang menyertainya. - Foto Bernama

A
A
A

TANAH MERAH - Bayaran balik usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) meningkat selepas mekanisme baharu diperkenalkan.

Menteri Pembanguan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, antara langkah diperkenalkan ialah membuat pemantauan terhadap usahawan yang membuat pinjaman dengan agensi berkenaan.

"Dahulu kita luluskan pinjaman kepada usahawan tanpa memantau aktiviti dilakukan sehingga menyebabkan mereka menyalah guna pinjaman diberikan untuk kegunaan peribadi seperti membeli motosikal dan sebagainya.

"Namun selepas PH mengambil alih kerajaan, kita memantau perkembangan usahawan dari semasa ke semasa. Kalau nampak mereka cuba nak 'lari' (tidak menjalankan perniagaan) kita akan panggil dan latih mereka kembali," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Usahawan Tekun Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Menurutnya, Kelantan merupakan negeri kelima dari segi peminjam paling ramai namun berada di kedudukan pertama dalam pembayaran balik pinjaman di negara ini.

"Usahawan Kelantan lebih berdisiplin dalam membuat pembayaran pinjaman berbanding usahawan di negeri lain," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata, karnival yang bermula Khamis lalu berjaya menjana pendapatan sebanyak RM150,000 kepada 100 usahawan dan 78 pengusaha gerai makan yang menyertainya.

Artikel Berkaitan:

"Karnival ini memberi pendedahan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk meningkatkan lagi kemampuan mereka untuk bersaing dalam dunia global," katanya. - Bernama