Diskaun bayaran balik PTPTN bukti usaha kerajaan bantu peminjam

Insentif ini banyak memberi manfaat kepada penuntut yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.- Gambar Hiasan
Insentif ini banyak memberi manfaat kepada penuntut yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.- Gambar Hiasan
A
A
A

Pelaksanaan insentif diskaun dan penangguhan bayaran balik oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini amat baik dan wajar diteruskan.

Golongan belia yang menjadi peminjam khususnya mereka yang datang daripada keluarga B40 bersyukur dengan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023 ini.

Inisiatif itu termasuk diskaun 15 peratus bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (mengikut jadual bayaran balik) dan diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

Ia juga melibatkan inisiatif tawaran kedua iaitu pemberian penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.

Penganalisis ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menyambut baik insentif diskaun dan penangguhan bayar balik yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui agensi pembiayaan pendidikan itu.

DR AHMED RAZMAN
DR AHMED RAZMAN

Beliau berkata, jika dilihat secara keseluruhan, insentif ini banyak memberi manfaat kepada penuntut yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

Jelasnya, hasrat kerajaan untuk mendekati golongan mahasiswa wajar dipuji namun beberapa pendekatan perlu dikaji semula agar mereka yang benar-benar layak sahaja boleh menerima manfaat ini.

“Kalau lihat mengenai insentif ini, memang banyak manfaatnya kepada rakyat khususnya penuntut yang datang daripada keluarga susah.

“Ini termasuklah penyelesaian hutang pembiayaan dengan diskaun 20 peratus jika dapat dilangsaikan hutang dan juga diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang perlu dikaji semula.

“Ini kerana tidak semua mahasiswa datang daripada keluarga yang senang, jadi diskaun jika dapat bayar semua atau separuh ini hanya keluarga T20 sahaja yang mampu,” ujarnya.

INFO GRAFIK
INFO GRAFIK

Beliau bagaimanapun berpendapat insentif sedemikian wajar diteruskan pada masa akan datang untuk memberi lebih banyak kemudahan sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan dengan rakyat yang memerlukan.

Layari www.budget.gov.my/manfaat untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk mendapatkan inisiatif ini dan meneroka lebih banyak peluang yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat.

No Image Caption

REAKSI BELIA

ABDUL LATIF
ABDUL LATIF

Diskaun yang diperkenalkan PTPTN telah mengurangkan beban bayaran balik pinjaman terutama graduan yang baru mendapat pekerjaan.” - Abdul Latif Abd Rahim, 25.

MUHD HAZIQ
MUHD HAZIQ

Bagi mereka yang baru bekerja, penangguhan bayaran balik PTPTN amat membantu kerana kos sara hidup tinggi di bandar.” - Muhd Haziq Zuhaimi, 25.

MUHAMMAD AMMAR
MUHAMMAD AMMAR

Diskaun 20 peratus pembayaran balik pinjaman PTPTN ini boleh diteruskan tanpa sebarang tempoh had masa kerana peminjam sudah boleh merancang perbelanjaan bulanan dan pembayaran semula PTPTN.” - Mohammad Ammar Mohammad Hadis, 24.

NUR AMALIENA
NUR AMALIENA

Penangguhan enam bulan untuk gaji bawah RM1,800 memang terbaik. Untuk 20 peratus diskaun pula, jika bayar penuh pun sangat berbaloi kerana wang yang ada boleh dijadikan simpanan masa depan.” - Nur Amaliena Sapian, 24.

KHAIRUN KHALEEDA
KHAIRUN KHALEEDA

Inisiatif ini berbaloi sebab diskaun 15 peratus yang diberikan dapat menggalakkan peminjam melakukan bayaran balik melalui skim potongan gaji.” - Khairun Khaleeda Ramli, 26.