RWKM beri tumpuan B40, M40 miliki kediaman di pusat bandar

Shahidan
Shahidan
A
A
A

SHAH ALAM - Projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) memberi tumpuan kepada golongan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman di pusat bandar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rumah ditawarkan kepada individu berpendapatan B40 hanya berharga RM200,000 melibatkan kawasan berkeluasan 750 kaki persegi.

"Bagi golongan M40 pula, ia membabitkan kawasan seluas 900 kaki persegi yang berharga RM300,000," katanya menerusi video wawancara 'Inklusif' bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dimuat naik di Facebook beliau pada malam Isnin.

Shahidan berkata, selain projek perumahan bagi golongan B-40 dan M40, kementeriannya turut memberi tumpuan kepada pembinaan Projek Perumahan Awam (PPA) dan Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, projek itu melibatkan pembangunan semula di kawasan terlibat.

Shahidan pada wawancara 'Inklusif' bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Facebook beliau pada malam Isnin.
Shahidan pada wawancara 'Inklusif' bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Facebook beliau pada malam Isnin.

"Projek (PPA dan PPR) melibatkan 67 kawasan iaitu 33 PPA dan 34 kawasan PPR yang mana golongan dinyatakan (B40 dan M40) layak memohon," katanya.

Sinar Harian pada 22 Oktober lalu melaporkan, sejumlah 62,701 unit rumah RWKM melibatkan 100 projek mendapat kelulusan untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan hingga 30 September lalu.

Artikel Berkaitan:

Shahidan berkata, daripada jumlah itu, 93 projek dilaksanakan di ibu negara, tiga di Putrajaya manakala bakinya di Labuan.

Daripada jumlah itu, 20,472 unit telah siap membabitkan 19,360 unit di Kuala Lumpur dan 1,112 unit di Labuan.

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih 60,000 unit rumah RWKM dibina di Wilayah Persekutuan