X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Lebih 60,000 unit rumah RWKM dibina di Wilayah Persekutuan

Shahidan Kassim
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 62,701 unit rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) yang melibatkan 100 projek telah mendapat kelulusan untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan hingga 30 September lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, daripada jumlah itu, 93 projek dilaksanakan di ibu negara, tiga di Putrajaya manakala bakinya di Labuan.

"Daripada jumlah itu, 20,472 unit telah siap membabitkan 19,360 unit di Kuala Lumpur dan 1,112 unit di Labuan.

"Sehingga kini, masih banyak unit rumah RWKM dibuka untuk jualan dan boleh dipohon melalui portal rasminya," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci RWKM Residensi Desa Satumas kepada 1,346 pemilik di sini pada Jumaat.

Shahidan berkata, RWKM yang dahulunya dikenali sebagai Residensi Wilayah diperkenalkan bagi membantu merealisasikan impian 'Keluarga Malaysia' dalam pusat bandar memiliki rumah mampu milik dengan persekitaran yang kondusif khususnya kepada warganya yang berpendapatan sederhana rendah serta M40.

"Kerajaan akan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan kediaman yang ditawarkan memenuhi keperluan semasa rakyat," katanya.

RWKM Residensi Desa Satumas menawarkan tiga blok bangunan berketinggian 43 tingkat dengan setiap unit berharga RM230,000 dan berkeluasan 850 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!