Sokongan padu pemain ke-12 penentu kemenangan Sabah

Kehadiran penyokong pada dua perlawanan lepas sangat membantu Sabah sehingga mencapai kemenangan Sabtu lalu. - Foto FB Sabah FC
Kehadiran penyokong pada dua perlawanan lepas sangat membantu Sabah sehingga mencapai kemenangan Sabtu lalu. - Foto FB Sabah FC
A
A
A

SABAH FC berharap sokongan padu daripada penyokong mampu mencapai keputusan positif menentang PJ City FC di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, kehadiran penyokong pada dua perlawanan lepas sangat membantu pasukan sehingga mencapai kemenangan Sabtu lalu.

"Apabila kita bermain dalam perlawanan-perlawanan penting seperti ini, kehadiran penyokong merupakan salah satu aspek yang dapat membawa kejayaan kepada sesebuah pasukan.

"Saya berharap para penyokong The Rhinos di sekitar Kota Kinabalu atau pun dari seluruh Sabah dapat hadir pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D malam esok kerana ini penting untuk memastikan pemain mendapat suntikan moral.

"Ini akan membantu prestasi mereka dan saya percaya mampu berubah sesuatu pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya dengan adanya sokongan padu semua penyokong tegar Sabah FC,” katanya.

Kim Swee berharap penyokong The Rhinos dapat hadir pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D malam esok. - Foto FB Sabah FC
Kim Swee berharap penyokong The Rhinos dapat hadir pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D malam esok. - Foto FB Sabah FC

Kim Swee berkata, esok merupakan perlawanan yang paling penting serta boleh diibaratkan sebagai perlawanan akhir sekali gus akan menentukan sama ada layak ataupun tidak.

"Jadi strategi perlawanan adalah untuk kita memastikan dapat kemenangan kerana walaupun seri kita akan terkeluar daripada saingan Piala Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Strategi kita sudah tentu kita perlu memikirkan corak serangan namun kita tahu PJ City FC mempunyai rekod yang baik terutama bermain dalam perlawanan penting dan mereka membuktikan ketika bermain dengan JDT," katanya.

Kim Swee berharap sesiapa sahaja yang diturunkan malam esok dapat memberikan saingan sekali gus dapat menumpukan perlawanan sehingga ke wisel terakhir seperti mana dilakukan ketika bertemu dengan Kelantan FC Sabtu lalu

"Setakat ini beberapa pemain masih lagi mengalamii kecederaan termasuk Park, Risto dan juga Hanafie termasuk Syukri.

"Kita masih lagi mempuanyai sehari sebelum perlawanan. Manakala kesebelasan utama hanya akan ditentukan sebelum sepak mula. Apa yang paling penting sesiapa diturunkan esok harus memberikan persembahan dan prestasi terbaik mereka,” katanya.