Lebih 3,000 ahli SMUE boleh tuntut baucar Jom Shopping mulai Isnin

Chua Wei Kiat
Chua Wei Kiat
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang berdaftar di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang boleh menuntut baucar Jom Shopping di Pusat Khidmat DUN Rawang mulai Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, baucar bernilai RM100 khusus buat 3,387 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) berusia 21 tahun ke atas yang lahir antara Julai hingga Disember.

Menurutnya, serahan baucar kepada golongan sasar terbabit tertangguh sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan mulai awal tahun.

“Dengan adanya baucar ini, ahli SMUE boleh membeli-belah di pasar raya terpilih,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php.

30 Oktober tahun lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan khairat kematian yang dihentikan pada Mei 2019 disambung semula.

Beliau dilaporkan berkata, sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima bantuan RM500.

Dalam pada itu, kerajaan Selangor juga menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE.

Artikel Berkaitan: