X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Berhenti sekolah demi sara keluarga

Kanak-kanak tersebut yang dilihat menjual pelitup muka di kaki lima.
A
A

KUALA LUMPUR - Kesempitan hidup selain perlu menyara keluarga ekoran bapanya sakit menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa berhenti sekolah sejak Tahun Tiga lagi iaitu ketika berusia sembilan tahun.

Kisah kanak-kanak tersebut dikongsikan oleh Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin di Facebooknya pada Jumaat.

Shahrul Nasrun berkata, beliau terserempak dengan kanak-kanak tersebut ketika dia sedang menjual pelitup muka sekitar ibu kota.

Menurut beliau, kanak-kanak tersebut dan kakaknya tidak bersekolah kerana kakaknya perlu menyara keluarga disebabkan bapanya sakit.

"Tanpa berfikir panjang, saya ajak adik ini untuk bawa ke rumahnya yang tidak jauh dari tempat dia berniaga. Saya mahu melihat sendiri kesusahan yang mereka hadapi.

"Benar, mereka amat susah. Ayahnya terlantar di atas tilam nipis. Bilik kecil ini didiami oleh enam orang dengan harga sewa yang mahal," menurut perkongsian di Facebook beliau.

Prihatin dengan nasib keluarga tersebut, beliau telah menasihatkan ibu kanak-kanak tersebut untuk mendaftar semula persekolahan anak-anaknya.

"Hanya pendidikan mampu mengubah nasib dan masa depan mereka.

"Kadang-kadang kita merasa susah tetapi ingatlah bahawa lebih ramai yang susah daripada kita. Bersyukurlah kita diberi kesempatan untuk hidup, sihat dan dipermudahkan rezeki," kongsinya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!