KKM ambil serius projek 'sakit' melibatkan fasiliti kesihatan

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) menyaksikan penyerahan replika kunci pada gimik penyerahan projek Klinik Kesihatan daripada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Bangunan) Jabatan Kerja Raya Malaysia Datuk Ir. Habbali Ibrahim (kanan) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Mohd Shafiq Abdullah (kiri) pada Majlis Penyerahan terbabithari ini. - Foto Bernama
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (tengah) menyaksikan penyerahan replika kunci pada gimik penyerahan projek Klinik Kesihatan daripada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Bangunan) Jabatan Kerja Raya Malaysia Datuk Ir. Habbali Ibrahim (kanan) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Mohd Shafiq Abdullah (kiri) pada Majlis Penyerahan terbabithari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil serius projek 'sakit' melibatkan pembangunan fasiliti kesihatan di negara ini bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual sebagaimana yang telah ditetapkan kerajaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, pembinaan fasiliti kesihatan perlu disiapkan mengikut jadual kerana ia merupakan satu keperluan yang amat penting kerana ia melibatkan aspek kesejahteraan rakyat.

"Sebab itulah saya telah bertemu dengan Menteri Kerja Raya untuk membincangkan perkara ini kerana tidak mahu projek melibat kesihatan gagal disiapkan mengikut jadual.

"Kebiasaannya kerajaan menetapkan tempoh tiga tahun untuk satu-satu projek itu disiapkan," katanya pada Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penambang di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin serta Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin.

Menurutnya, bagi memastikan semua projek melibatkan KKM siap mengikut jadual, satu pasukan khas akan dibentuk untuk membuat pemantauan.

Beliau berkata, pendekatan ini selari dengan objektif dan hala tuju Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM623 juta untuk pembangunan fasiliti kesihatan di negeri ini membabitkan 31 projek menerusi Rolling Plan (RP) 1, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Artikel Berkaitan:

"Jumlah itu merangkumi 24 projek yang berada di bawah RMK-11 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM582 juta.

"Daripada jumlah itu, kerajaan memperuntukkan RM40.1 juta untuk tujuh projek baharu antaranya, projek menaik taraf asas bekalan air alternatif dan pembinaan klinik kesihatan gantian jenis tiga di Bachok," katanya.

Mengulas mengenai Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penambang, Khairy Jamaludin berkata, ia telah diluluskan di bawah RP Ketiga, RMK-10 dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.874 juta.

Beliau berkata, projek tersebut telah dimulakan pembinaannya pada 11 Disember 2017 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 28 April 2021 yang lalu.

Katanya, bagi projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Bahagia, Kuala Krai, ia telah diluluskan di bawah RP 1 RMK-11 dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.108 juta.

"Projek ini telah dimulakan pembinaannya pada 22 Januari 2019 dan telah disiapkan sepenuhnya pada 2 September 2021," katanya.