X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Amaran ribut petir di lima negeri

MetMalaysia meramalkan lima negeri bakal berdepan cuaca buruk hingga 9 November ini. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM- Pembentukan sistem cuaca tekanan rendah di sekitar rantau negara ketika ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan di kebanyakan kawasan untuk tempoh 4 hingga 9 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia ) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

"Dijangka kawasan-kawasan berkenaan berpotensi mengalami cuaca ribut petir yang lebih menyeluruh berserta hujan lebat dan angin kencang pada waktu petang hingga awal malam yang boleh mengakibatkan kejadian banjir kilat.

Ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 4 hingga 9 November ini. - Foto MetMalaysia
Ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 4 hingga 9 November ini. - Foto MetMalaysia

"Oleh itu, orang awam di kawasan terlibat diminta untuk lebih peka dan berwaspada," jelas kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ramalan cuaca boleh melayari laman web MetMalaysia di www.met.gov.my.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat dengan mengikuti media sosial rasmi serta laman web MetMalaysia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!