X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Jumlah mangsa banjir di Kedah sedikit meningkat pagi ini

Keadaan banjir di kawasan Taman Tanjung Bendahara yang berlaku disebabkan limpahan air dari Sungai kedah yang menjejaskan beberapa buah kediaman sejak empat hari lalu ketika tinjauan pada Khamis. Foto Bernama
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah meningkat kepada 954 orang daripada 266 keluarga pagi Jumaat berbanding 932 orang daripada 262 keluarga petang Khamis.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, setakat jam 8 pagi Jumaat, sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di lima daerah di negeri ini.

“Satu PPS di Pokok Sena iaitu Surau Kampung Permatang Limau yang menempatkan 25 mangsa ditutup pada 6 petang semalam (Khamis), manakala satu PPS di Baling iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak A dibuka semula jam 5.45 pagi tadi (Jumaat) bagi menempatkan 10 mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Muaz berkata, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 592 orang daripada 174 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

Kesemua PPS tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, SK Titi Gajah, SK Convent, SK Haji Wahab, SK Darul Hikmah, SK Suka Menanti dan SK Langgar.

Daerah Pendang pula mencatatkan seramai 287 mangsa daripada 75 keluarga yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih.

Katanya, hanya terdapat satu PPS masih beroperasi di Pokok Sena iaitu SK Tualang yang menempatkan seramai 10 mangsa daripada tiga keluarga manakala di Kubang Pasu, seramai 55 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang dan SK Malau. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!