Pelajar sambut Deepavali tetap tunai tanggungjawab suntik vaksin

Kira-kira 100 daripada 576 pelajar yang menerima vaksin Covid-19 menyambut perayaan Deepavali pada Khamis.
Kira-kira 100 daripada 576 pelajar yang menerima vaksin Covid-19 menyambut perayaan Deepavali pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Kira-kira 100 pelajar India teruja menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 walaupun pada hari perayaan Deepavali pada Khamis.

Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Petaling Perdana, Nurlina Oon Abdullah berkata, kira-kira 100 pelajar India menerima vaksinasi dos kedua pada Khamis iaitu hari pertama PPV tersebut dibuka.

"Seramai 576 pelajar dari sebuah sekolah kerajaan dan beberapa buah sekolah swasta di kawasan ini menerima dos kedua vaksinasi pada hari pertama PPV berkenaan dibuka dan akan beroperasi selama tiga minggu bermula Khamis. Mereka dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong Jaya A dan dari sekolah-sekolah swasta dalam kawasan Petaling Perdana,

"Jumlah keseluruhan penerima dos kedua (pada hari pertama) di PPV ini adalah seramai 576 pelajar manakala seramai kira-kira 100 pelajar yang menerima vaksin menyambut perayaan Deepavali hari ini," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.

Nurlina berkata, bekerja pada hari perayaan tidaklah asing bagi petugas dan beliau berbangga apabila kesemua petugas dapat membantu memudahkan perjalanan proses vaksinasi kepada pelajar yang tidak sabar untuk menyambut perayaan Deepavali.

“Sudah tentu sambutan Deepavali kali ini amat bermakna kepada mereka malah saya juga sempat bercakap dengan mereka. Ada yang datang berpakaian tradisional India kerana mahu balik ke kampung sebab itu semua petugas bekerja keras bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar," katanya.

Artikel Berkaitan: