Empat individu terima gelaran Datuk Kurnia

Al-Sultan Abdullah
Al-Sultan Abdullah
A
A
A

KUANTAN - Empat individu termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail dikurniakan 'Datuk Kurnia' oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Gelaran berkenaan melibatkan Datuk Kurnia Bistari, Datuk Kurnia Arjuna, Datuk Kurnia Ekram dan Datuk Kurnia Wira yang berkuat kuasa 27 Oktober lalu.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Mohamed Ariffin dikurniakan gelaran Datuk Kurnia Bistari dan Naib Presiden Bola Sepak Pahang, Datuk Akbar Abu pula menerima gelaran Datuk Kurnia Arjuna.

Menurutnya, Pengarah Urusan Kumpulan Bharat, Datuk Seri Vinod Kumar Agarwal pula dikurniakan Datuk Kurnia Ekram manakala Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 505 AW, Leftenan Kolonel Datuk Dr Ir Thong Kok Sing dikurniakan Datuk Kurnia Wira.

"Pengurniaan gelaran berkenaan mengikut Perkara 28 (Bahagian 1) Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang memperuntukkan bahawa Raja Pemerintah ialah punca bagi segala pangkat-pangkat kebesaran dan pangkat-pangkat kemuliaan di dalam negeri," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: