Suami pelakon didakwa tampar anak ditahan

Ashari Abu Samah
Ashari Abu Samah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suami kepada seorang pelakon ditahan kerana disyaki menampar anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah rumah, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan selepas polis menerima laporan pada Ahad.

"Pegawai penyiasat sudah mengambil keterangan pelakon wanita tersebut, manakala suspek telah ditahan reman tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ashari berkata, dalam kejadian pada Ahad, suspek disyaki dalam keadaan mabuk telah bergaduh dengan isterinya.

"Anak pasangan tersebut cuba meleraikan pergaduhan itu, namun suspek telah menampar mangsa," katanya.

Beliau berkata, pasangan suami isteri berkenaan tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Artikel Berkaitan: