Malaysia mampu bersaing eksport perabot kayu di persada dunia

Malaysia mampu bersaing di persada dunia untuk menguasai pasaran perabot kayu memandangkan ia mendapat permintaan yang tinggi dan nilai eksport dijangka meningkat tahun ini walaupun dilanda pandemik Covid-19.Gambar hiasan
Malaysia mampu bersaing di persada dunia untuk menguasai pasaran perabot kayu memandangkan ia mendapat permintaan yang tinggi dan nilai eksport dijangka meningkat tahun ini walaupun dilanda pandemik Covid-19.Gambar hiasan
A
A
A

MALAYSIA mampu bersaing di persada dunia untuk menguasai pasaran perabot kayu memandangkan ia mendapat permintaan yang tinggi dan nilai eksport dijangka meningkat tahun ini walaupun dilanda pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, Malaysia mendapat permintaan tinggi perabot kayu daripada beberapa negara antaranya ialah Amerika Syarikat dan Eropah.

"Walaupun Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, negara mencatatkan sebanyak RM11 bilion nilai eksport dan ia dijangka meningkat tahun ini kepada RM13 bilion kerana permintaan meningkat.

"Ini adalah pasaran tradisional yang dimiliki Malaysia dan ia menunjukkan negara kita memang mampu bersaing dalam arena antarabangsa untuk menguasai pasaran di luar negara," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Stesen Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia di Bandar Penawar di sini pada Isnin.

Beliau berkata, antara jenis perabot kayu yang menerima permintaan tinggi negara adalah perabot kayu getah.

"Kayu getah ini merupakan sumber daripada industri getah, kayu tersebut merupakan sumber diperbaharui, justeru ia dikategorikan sebagai kayu balak yang mampan.

"Selepas menghasilkan getah, Malaysia turut jual dalam bentuk kayu balak. Lembaga Getah Malaysia (LGM) memang sentiasa berusaha untuk menghasilkan pokok kayu getah yang besar dan pada waktu yang sama menghasilkan getah yang bagus," katanya.

Mengulas mengenai pekebun kecil getah, Jeck Seng berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu meningkatkan pendapatan kira-kira 450,000 pekebun kecil getah di negara ini antaranya menerusi platform urus niaga getah secara tender dalam talian, My Rubber Online atau MyROL yang dibangunkan LGM.

Artikel Berkaitan:

"Urus niaga ini bukan sahaja boleh dilakukan secara dalam talian dalam negara tetapi juga di luar negara.

"Harga getah tender menerusi platform ini adalah lebih tinggi daripada yang ditetapkan LGM, sehubungan itu kementerian sentiasa menggalakkan pekebun kecil untuk ambil peluang dengan menggunakan platform ini," katanya. - Bernama