'Guan Eng pendendam, iri hati'

Mohd Norhiesam (lima, kiri) bersama Ellangovan (empat, kiri) dan Abdul Mushawwir (empat, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Mohd Norhiesam (lima, kiri) bersama Ellangovan (empat, kiri) dan Abdul Mushawwir (empat, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Kenyataan berbaur provokasi yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengatakan UMNO dan Pas telah ‘mengisytiharkan perang’ kepada orang masyarakat bukan Melayu disifatkan biadab, rasis dan tidak bertanggungjawab.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, kenyataan Guan Eng itu bukan sahaja boleh mengugat keharmonian dan perpaduan negara malah boleh menimbulkan rasa benci dan tidak senang pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Menurutnya, sikap Guan Eng itu jelas mencerminkan dirinya yang pendendam dan iri hati terhadap kerjasama antara UMNO dan Pas ini.

"Beliau seperti panas punggung dan cacing kepanasan melihat hubungan baik yang semakin kukuh dua parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia ini.

"Ditambah pula dengan dua kekalahan besar PH dalam PRK Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih yang menyaksikan kerjasama kedua-dua parti telah mencapai kemenangan yang cukup selesa dan diterima rakyat khususnya pengundi-pengundi Melayu," katanya ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini pagi tadi.

Turut membuat laporan, Ketua Pemuda MIC Nibong Tebal, G Ellangovan dan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Nibong Tebal, Abdul Mushawwir Abd Rashid.

Dalam pada itu, mereka mempertikaikan kenapa Setiausaha Agung DAP itu perlu takut dengan sehinggakan terpaksa mengeluarkan kenyataan biadab serta dangkal seperti ini.

Katanya, Guan Eng seringkali menuduh UMNO dan Pas rasis tetapi sebaliknya dengan kenyataan beliaulah itu mencerminkan siapakah yang rasis sebenarnya.

Artikel Berkaitan:

Mereka berkata, sebagai menteri kanan dalam kerajaan PH, bukan isu kerjasama UMNO dan Pas jadi isu utama sebaliknya Guan Eng perlu kembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan PH dengan menunaikan segala manifesto PH pada PRU14 yang lepas.

"Selesaikan banyak masalah rakyat seperti menangani kos barang semakin meningkat, beban kehidupan rakyat, masalah bantuan petani, pesawah dan banyak lagi yang boleh dilakukan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.

"Kami menggesa kepada polis dan pihak berkuasa agar satu tindakan tegas perlu diambil khususnya Akta Hasutan kepada Guan Eng yang jelas kenyataannya boleh menggugat keamanan dan keharmonian antara kaum di Malaysia dan perkara ini cukup serius dan membimbangkan," katanya.