Hutang sektor awam meningkat kepada RM1.35 trilion

Sehingga akhir Jun 2021, hutang sektor awam meningkat kepada RM1.35 billion atau 89.5 peratus daripada KDNK. - Gambar hiasan
Sehingga akhir Jun 2021, hutang sektor awam meningkat kepada RM1.35 billion atau 89.5 peratus daripada KDNK. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sehingga akhir Jun 2021, hutang sektor awam meningkat kepada RM1.35 billion atau 89.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terutamanya disebabkan oleh kenaikan hutang Kerajaan Persekutuan berikutan pinjaman yang perlu dibuat untuk membiayai defisit serta pakej rangsangan dan bantuan Covid-19 yang diumumkan pada 2021.

Pada 2020, ia adalah 1.25 trilion atau 88.6 peratus daripada KDNK.

Menurut Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), hutang Kerajaan Persekutuan kekal sebagai komponen terbesar yang merangkumi 70.7 peratus daripada jumlah hutang sektor awam diikuti oleh SABK (22.9 peratus) dan hutang badan berkanun yang dijamin Kerajaan (6.4 peratus).

Hutang sektor awam merangkumi obligasi hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, syarikat awam bukan kewangan (SABK) dan hutang badan berkanun yang dijamin Kerajaan.

Hutang Kerajaan Persekutuan kekal sebagai komponen terbesar merangkumi 70.7 peratus daripada jumlah hutang sektor awam diikuti oleh SABK (22.9 peratus) dan hutang badan berkanun yang dijamin Kerajaan (6.4 peratus).

Peningkatan bersih hutang SABK kepada RM309.9 bilion disebabkan oleh pengeluaran pinjaman untuk projek infrastruktur sedia ada serta terbitan bon di luar negeri oleh syarikat awam.

Hutang badan berkanun juga menokok kepada RM86.7 bilion berikutan pertambahan pinjaman yang dijamin Kerajaan yang diperoleh Lembaga Kemajuan Tana Persekutuan (Felda) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi tujuan pelaburan dan pembiayaan semula hutang yang matang.

Hutang Kerajaan Persekutuan diunjurkan mencecah 66 peratus kepada KDNK pada 2022

Artikel Berkaitan:

Kerajaan akan terus melaksanakan langkah pengembangan fiskal dalam Bajet 2022 bagi memastikan kesejahteraan rakyat, melindungi kelangsungan perniagaan dan merangsang semula ekonomi.

Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), 2021 - 2025 dengan siling perbelanjaan pembangunan berjumlah RM400 bilion akan meningkatkan pinjaman Kerajaan Persekutuan.

Keperluan pinjaman kasar termasuk peruntukan tambahan bagi Kumpulan Wang Covid-19 dijangka kekal signifikan iaitu sekitar 12 peratus kepada KDNK.

Oleh itu, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan diunjurkan mencecah 66 peratus daripada KDNK manakala hutang statutori pada 63.4 peratus menjelang akhir 2022 iaitu lebih rendah daripada had 65 peratus yang telah diluluskan oleh Parlimen. - Bernama