EON tawar penjimatan sehingga RM58,000 sempena musim perayaan

Nuurul Adibah bersama ahli keluarga serta wakil pengurusan EON bergambar kenangan ketika majlis penyerahan kenderaan di EON yang diadakan, baru-baru ini.
Nuurul Adibah bersama ahli keluarga serta wakil pengurusan EON bergambar kenangan ketika majlis penyerahan kenderaan di EON yang diadakan, baru-baru ini.
A
A
A

EON Berhad melancarkan kempen perayaan khas 'Gong Xi Eid bersama EON' bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba dengan menawarkan penjimatan luar biasa sehingga RM58,000 bagi model terpilih kepada pelanggan.

Kempen terbabit berlangsung selama tiga hari dari 6 hingga 8 Februari dan dianjurkan serentak di semua cawangan EON di seluruh negara serta di lokasi pusat membeli-belah terpilih.

Inisiatif ini menampilkan jualan penghabisan stok berskala nasional dengan penjimatan luar biasa sehingga RM58,000 bagi model terpilih merangkumi pelbagai jenama di bawah EON.

Kempen membuka peluang kepada pelanggan untuk menaik taraf kenderaan, menggantikan kereta sedia ada atau memiliki kereta pertama dengan lebih yakin dan berbaloi.

Orang ramai dijemput merasai sendiri rangkaian kenderaan EON melalui sesi pandu uji, malah pelanggan melengkapkan pandu uji berpeluang menebus hadiah eksklusif seperti koleksi kereta Hot Wheels, hamper perayaan serta baucar terpilih.

EON turut memperkenalkan yuran tempahan khas bermula daripada RM88 bagi memudahkan proses pemilikan kenderaan sepanjang tempoh kempen, manakala pelanggan membuat tempahan juga layak menyertai cabutan bertuah disediakan.

Selaras dengan pelancaran kempen berkenaan, EON turut mengadakan majlis penyerahan kereta bagi program ‘EON Dream Car Giveaway 2025’, sekali gus mencipta detik bermakna bagi pemenang bertuah.

Terdahulu, seorang pelanggan bertuah EON, Nuurul Adibah Mansor diumumkan sebagai pemenang hadiah utama dan membawa pulang sebuah Mitsubishi Xpander Plus.

Nuurul Adibah membuat tempahan semasa kempen EON Dream Car Giveaway 2025 yang berlangsung dari Ogos hingga Disember 2025.

Artikel Berkaitan:

Hadiah utama bernilai RM100,000 kredit terbabit ditaja sepenuhnya oleh EON untuk digunakan bagi pembelian kenderaan seterusnya.

Menurut Nuurul, kemenangan berkenaan benar-benar di luar jangkaan dan amat berterima kasih kepada EON kerana menjadikan hari biasa satu kenangan yang cukup bermakna serta membantu merealisasikan pembelian kenderaan seterusnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi EON, Mohammad Azwan berkata, kemenangan itu bukan sahaja membawa kegembiraan kepada pemenang, tetapi turut menjadi inspirasi kepada semua pelanggan EON bahawa impian boleh menjadi kenyataan.

Menerusi kempen ini, EON mengekalkan komitmennya untuk memberikan pengalaman pelanggan yang istimewa sepanjang musim perayaan, di samping memperkukuh kepercayaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran EON dari 6 hingga 8 Februari, atau lokasi pusat membeli-belah terpilih dari 10 pagi hingga 10 malam, untuk menikmati penjimatan perayaan serta merasai sendiri pengalaman bersama EON.

Untuk maklumat lanjut, layari www.eon.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi EON.

Ringkasan AI

  • EON Berhad melancarkan kempen 'Gong Xi Eid bersama EON' menyambut Tahun Baru Cina dan Ramadan dengan penjimatan sehingga RM58,000 untuk model terpilih
  • Kempen berlangsung dari 6 hingga 8 Februari di semua cawangan EON dan lokasi pusat membeli-belah terpilih
  • Menawarkan jualan penghabisan stok berskala nasional dan peluang untuk menaik taraf atau memiliki kereta pertama
  • Pelanggan yang melengkapkan pandu uji berpeluang menebus hadiah eksklusif dan terlibat dalam cabutan bertuah
  • Nuurul Adibah Mansor memenangi hadiah utama Mitsubishi Xpander Plus dalam kempen EON Dream Car Giveaway 2025

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!