Subsidi RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak

Sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan bakal memanfaatkan 188,000 keluarga B40.
Sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan bakal memanfaatkan 188,000 keluarga B40.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan subsidi sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi keluarga B40.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan tersebut dan bakal memanfaatkan sebanyak 188,000 keluarga B40.

"Aspek keselamatan kanak-kanak adalah penting, lebih-lebih lagi ketika berada di jalan raya untuk menuju ke suatu destinasi.

"Bagi memastikan penggunaan kerusi kanak-kanak di dalam kereta, kerajaan akan memberi subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: