SUK Pahang terima Anugerah Productivity Champion MPC

Dr Sallehuddin Ishak
Dr Sallehuddin Ishak
A
A
A

KUANTAN - Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dipilih sebagai penerima Anugerah Productivity Champion, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Mesyuarat Pemudah Peringkat Negeri Pahang, Selasa lalu.

Anugerah tertinggi MPC itu itu bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam menerajui inisiatif memacu peningkatan produktiviti program Pahang Produktif.

MPC dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, inisiatif Pahang Produktif merupakan satu misi kerajaan negeri dengan kerjasama MPC untuk menjadikan Pahang sebagai negeri yang membangun secara produktif.

Menurutnya, usaha itu bagi meningkatkan lagi potensi Pahang sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan di pantai timur.

"Inisiatif itu salah satu agenda utama kerajaan negeri dalam usaha transformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri yang lebih cekap dan berkesan.

"Kerjasama strategik ini selari dengan slogan kerajaan negeri iaitu 'mudah, cepat dan telus' dalam. memastikan ia kekal berdaya saing dan mencapai standard yang dikehendaki pihak berkepentingan dan pelanggan," jelas MPC melalui kenyataannya pada Jumaat.

Penyerahan anugerah itu disampaikan Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman.

Sementara itu, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur, Mohd Azwan Mohd Salleh berkata, pihaknya akan melaksanakan pelbagai program peningkatan produktiviti di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia bagi memastikan produktiviti sektor awam dan swasta dapat ditingkatkan supaya inisiatif di bawah Pahang Produktif mampu menjadikan negeri ini lebih berdaya saing dan memberi impak positif kepada rakyat," katanya.